Powered By Blogger

Tuesday, February 22, 2011

Pro-m upm bANtah calon yang menang dibatalkao

Pro-M UPM bantah calon
mereka menang dibatalkan Aziz Muda KUALA LUMPUR, 23 Feb: 50 aktivis Pro-M UPM terpaksa
bersengkang mata sejak awal
malam tadi, bagi mengadakan
perhimpunan untuk membantah
keputusan Jawatankuasa
Pelaksana PRK yang membatalkan kemenangan
semua calon mereka. Mereka bersama 11 calon
mereka mula berkumpul di
hadapan pejabat pentadbiran
UPM sejak jam 10.30 malam
tadi, sejurus selepas
dimaklumkan pembatalan kemenangan calon-calon
mereka oleh Ketua Unit
Tindakan Tatatertib Hal Ehwal
Pelajar (Hep) UPM, Noraihan
Noordin jam 9.30 malam tadi. Jurucakap Majlis Politik Nasional
(MPN) Gamis, Shukri Kamarudin
menjelaskan, pembatalan
kemenangan mereka itu
dimaklumkan oleh Noraihan
kepada semua calon Pro-M menerusi telefon, atas alasan
disebabkan mereka menyertai
PRK secara berkumpulan. Menurut beliau, pada hal pihak
lawan mereka, Aspirasi, juga
menyertai PRK secara
berkumpulan, tetapi anehnya
semua kemenangan calon
Aspirasi tidak pula dibatalkan. Katanya, keputusan tersebut
amat mengejutkan dan ia
tentunya tidak boleh diterima
sekali-kali oleh mereka,
sehingga menyebabkan mereka
terpaksa berkumpul di hadapan pejabat pentadbiran
UPM sehingga saat ini, bagi
menyampaikan bantahan rasmi
kepada pihak pentadbiran
universiti itu. "Sehubungan itu, saya telah
menghubungi Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk
Saifuddin Abdullah sekitar jam
12.30 malam tadi untuk
menyatakan bantahan kami kepadanya. "Datuk Saifuddin sendiri juga
amat terkejut dan berasa
aneh dengan pembatalan
kemenangan calon-calon Pro-M
itu. Beliau turut berjanji akan
menyelesaikan perkara itu kerana ia merupakan sesuatu
yang tidak sepatutnya
berlaku," katanya ketika
menghubungi Harakahdaily hari
ini. Setelah menunggu sekian lama,
mereka baru berpeluang untuk
mengadakan perbincangan dan
menyampaikan bantahan
kepada pihak pentadbiran UPM,
setelah Naib Canselor UPM, Datuk Ir Radin Umar tiba
sekitar jam 8.00 pagi tadi. "Sebaik Datuk Ir Radin tiba,
kami terus menyerbunya dan
Datuk Ir Radin bersetuju untuk
mengadakan perbincangan
mengenai perkara itu dengan
kami dengan diwakili calon- calon Pro-M di biliknya sekejap
lagi," jelasnya. Pembatalan kemenangan calon-
calon Pro-M itu melibatkan 9
kerusi Fakulti dan 2 kerusi
Umum yang ditandingi mereka,
dengan mengikuti segala
peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pelaksana PRK dan pihak
pentadbiran UPM sendiri. Kini bilangan aktivis Pro-M
yang mengikuti perhimpunan
itu semakin bertambah. Dari
hanya 50 orang, kini bilangan
mereka sudah meningkat ke
angka 100 orang dan bilangan itu dijangka akan terus
meningkat dari semasa ke
semasa. "Yang kami tuntut hanyalah
keadilan. Kenapa seteruk ini
diskriminasi yang dilakukan
terhadap kami, tetapi kepada
pihak Aspirasi tidak pula
dibatalkan kemenangannya?" katanya.

Sidang media berhubung ekuiti bumiputra-Anwar Ibrahim

-Kenyataan Media-
KETELUSAN DALAM PENGAGIHAN
SAHAM KHAS BUMIPUTRA
Parti Keadilan Rakyat ingin
menarik perhatian rakyat
kepada pengumuman terbaru yang dibuat oleh Menteri Industri
dan Perdagangan Antarabangsa,
Datuk Seri Mustapa Mohamad
mengenai pengagihan saham
khas bumiputra melalui tawaran
awam permulaan (IPO). Datuk Seri Mustapa menyatakan
bahawa kerajaan Umno/BN telah
berjaya meningkatkan ekuiti
Bumiputra dalam sektor swasta
ke aras 22%; sebahagian
besarnya melalui pengagihan saham khas bumiputra yang
dilaksanakan oleh kementerian
beliau.
Rakyat sudah tentu merasa
janggal apabila kerajaan Umno/BN
mendabik dada apabila hanya berjaya meningkatkan ekuiti
Bumiputra ke tahap 22% dalam
tahun 2011, sedangkan ia gagal
mencapai sasaran 30% yang
ditetapkan untuk tahun 1990.
Selepas 21 tahun dan penyelewengan saham berjumlah
puluhan bilion ringgit atas nama
Melayu dan Bumiputra, kini
Umno/BN tidak lagi memikirkan
persoalan maruahnya dan akan
sanggup mendabik dada walau sekelumit mana pun peningkatan
ekuiti Bumiputra.
Walau bagaimana pun,
kebimbangan sebenar PKR adalah
berhubung pengurusan agihan
saham khas Bumiputra memandangkan skim agihan yang
sama telah menyebabkan
sejumlah RM52 bilion dari RM54
bilion saham yang diagihkan
kepada Bumiputra lesap begitu
sahaja, seperti yang diakui Perdana Menteri sendiri.
Dalam tahun 2010 sahaja,
sebanyak 1.5 bilion saham dari
18 tawaran awam permulaan
diagihkan kononnya kepada
pelabur Bumiputra. Tahun 2010 juga menyaksikan apungan
saham yang terbesar akhir-akhir
ini, termasuklah yang melibatkan
Petronas Chemical Group Berhad
pada harga tawaran RM5.05
setiap saham dan Malaysian Marine and Heavy Engineering
Holding Berhad pada harga
tawaran RM3.61 setiap saham.
Jika sebahagian besar dari 1.5
bilion saham yang diagihkan
kepada pelabur Bumiputra itu datangnya dari saham-saham
syarikat Petronas ini, maka
saham yang bernilai berbilion
ringgit telah pun diagihkan
kepada pelabur-pelabur yang
berselindung di belakang nama Bumiputra.
Mekanisme agihan inilah yang
telah gagal sebelum ini hingga
mewujudkan budaya politik
naungan yang mencari jalan
mudah mendapatkan saham dengan berselindung di sebalik
alasan mencapai sasaran 30%
ekuiti Bumiputra. Akhirnya,
berpuluh-puluh bilion ringgit
saham yang diagihkan kepada
individu-individu berkepentingan dijual dengan segera untuk
mendapatkan kekayaan mudah,
lalu mewujudkan golongan elit
kaya Melayu yang sebenarnya
menjadi kaya dengan menindas
orang Melayu terbanyak. Oleh itu, mekanisme yang sama
yang telah menyebabkan
kerugian RM52 bilion saham
Bumiputra ini perlu dirombak
sama sekali.
Saya menyeru Datuk Mustapa sebagai Menteri yang
bertanggungjawab untuk:
1. Mengumumkan sepenuhnya
penerima 1.5 bilion saham khas
Bumiputra yang diagihkan dalam
tahun 2010 2. Mengumumkan rombakan
mekanisme dan penambahbaikan
kepada sistem agihan dan
pemantauan saham khas
Bumiputra untuk mengelakkan
penyelewengan yang mengakibatkan kehilangan RM52
bilion saham Bumiputra tidak
berulang
Saya akan membawa perkara ini
dalam sidang Dewan Rakyat yang
akan datang untuk memastikan ketelusan dan
pertanggungjawaban pihak-pihak
yang terbabit.
Parti Keadilan Rakyat percaya
bahawa teras pengupayaan
ekonomi Bumiputra perlu beralih dari kegilaan mencapai sasaran
30% ekuiti kepada fokus untuk
meningkatkan pendapatan isi
rumah keluarga Bumiputra.
Mereka membentuk 75%
daripada anggaran 11 juta rakyat termiskin di negara ini
yang hanya mendapat
pendapatan bulanan purata
sebanyak RM1,500 sebulan
sahaja.
Kegilaan dengan 30% sasaran ekuiti seperti yang dimainkan
Umno/BN tidak akan berjaya
menangani kemelut ekonomi
rakyat terbanyak Bumiputra dan
akan terus disalahgunakan oleh
golongan elit pemerintah dan niagawan.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SETIAUSAHA AGONG
22 FEBRUARI 2011 ===
TRANSPARENCY IN DISTRIBUTION OF
SPECIAL BUMIPUTRA SHARES
Parti Keadilan Rakyat would like
to attract the public’ s attention to the recent announcement by
the International Trade and
Industry Minister Datuk Seri
Mustapa Mohamad on the
distribution of special bumiputra
shares through initial public offerings.
Datuk Seri Mustapa claimed that
the Umno/BN government had
managed to notch the
Bumiputra’ s equity ownership of corporate sector to 22% partly
through the distribution of
special Bumiputra shares
administered by his ministry.
It is peculiar that Umno/BN
government seems to want to take the credit for supposedly
increasing the Bumiputra’ s equity ownership to only 22% in
2011 when it has miserably
failed to achieve the 30% target
set for 1990. After 21 years
and billions’ worth of mismanagement and abuses
made in the name of the Malays
and Bumiputra, UMNO/BN is willing
to take credit for any
incremental increase in
Bumiputra’ s equity ownership despite the obvious failure over
the 21 years.
However, our real concern is on
the management of the share
distribution considering the same
practice had resulted the loss of RM52 billion out of the RM54
billion of shares distributed to
Bumiputras under the scheme,
as admitted by the Prime
Minister.
In 2010 alone, 1.5 billion of shares from 18 IPOs were
distributed to supposedly
Bumiputra investors. 2010 also
featured some of the biggest
IPOs of late, including Petronas
Chemical Group Berhad’ s IPO at issue price of RM5.05 per share
and Malaysian Marine and Heavy
Engineering Holding Berhad’ s IPO at issue price of RM3.61 per
share. If a significant portion of
the 1.5 billion shares distributed
by the ministry came from these
two Petronas-related groups,
there would have been shares valued at a few billion ringgit
distributed to investors.
This is the same mechanism that
had failed the society and
cultivated the culture of political
patronage seeking for easy access to shares under the
guise of meeting the 30%
Bumiputra target. In the end,
the billions worth of shares
distributed were quickly disposed
to create a Malay ruling elite with immense wealth at the
expense of the Malay masses.
Therefore, the same mechanism
that had caused the loss of
RM52 billion worth of shares
allotted to Bumiputra in the name of achieving the 30%
equity ownership target must be
totally revamped.
I call upon the Minister to:
3. Fully disclose the recipients of
the 1.5 billion shares allocated in 2010 under the special
Bumiputra share distribution
scheme
4. Announce to the public
improvements made to the
mechanism for distribution and tracking of the shares to
ensure the same abuse that had
caused the loss of RM52 billion
worth of Bumiputra shares is
not repeated
I will pursue this matter in the next Dewan Rakyat session to
ensure full transparency and
accountability of the scheme.
In the end, Parti Keadilan Rakyat
believes that the thrust of
Bumiputra economic empowerment must move away
from the obsession for the 30%
equity ownership target towards
a focus on elevating the
household income of the
Bumiputra families. They make up 75% of the estimated 11 million
poorest rakyat whose monthly
average household income is only
RM1,500 per month.
The obsession with 30% equity
ownership for Bumiputra will not be able to address the economic
woes of the poorest of the
Bumiputras.
SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
SECRETARY GENERAL
22 FEBRUARY 2011

Hentikan segera pembunuhan rakyat LIBYA-Anwar Ibrahim

KENYATAAN MEDIA
22 Februari 2011
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN
RAKYAT
KENYATAAN MEDIA UNTUK HEBAHAN
SEGERA Petaling Jaya, Selangor, 22
Februari 2011, Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN), berasa amat
sedih dan memandang serius
perkembangan politik yang
sedang berlaku di Libya sekarang ini. Rakyat yang
bangkit menentang pemerintah
kuku besi berhadapan dengan
tindak balas pihak berkuasa
yang tidak berperikemaknusian.
Jelas sekali, pemerintah Libya secara terbuka telah
mengisytiharkan perang
terhadap rakyatnya sendiri.
KEADILAN ingin menzahirkan
sokongan terhadap rakyat
mana-mana negara sekalipun yang bangkit menyatakan
bantahan mereka terhadap
pemerintah yang zalim.
Kebebasan bersuara merupakan
hak asasi rakyat. Pemerintah
bertanggungjawab memastikan bahawa hak yang dijamin
masyarakat antarabangsa ini
dihormati dan dilaksanakan.
J
ustru, KEADILAN menuntut
pemerintah Libya segera menghentikan tindakan zalim
membunuh rakyat secara
beramai-ramai. KEADILAN yakin
bahawa rakyat Libya berupaya
menentukan nasib mereka sendiri
tanpa campur tangan mana- mana pihak yang
berkepentingan.
KEADILAN menyeru seluruh lapisan
masyarakat antarabangsa
mengambil tindakan segera bagi
menghentikan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, Liga Arab dan
Pertubuhan Negara-negara Islam
tidak boleh berdiam diri berpeluk
tubuh membiarkan rakyat Libya terus dibunuh oleh
pemerintahnya sendiri.
KEADILAN juga mendesak
Kerajaan Malaysia yang
menganggotai PBB, NAM dan OIC
supaya berperanan tegas dalam menangani isu-isu seperti ini.
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan Yesterday at 6:22pm · 12 · Like

Fakta Pengkhianatan UMNO Terhadap Melayu: Tanah Rezab

Melayu Ini fakta menunjukkan Umno
penjahanam tanah orang
Melayu; 1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh
Dua RIBU ekar) tanah kerajaan
di gadai kepada gergasi KLK (KL
Kepong) di Lekir, Manjung. 2) 5,000 ekar di Bruas 1500
ekar kepada MCA di Bandar
Baru , Kampar (UTAR) 3) 200 ekar tapak kilang simen
Perak Hanjoong (sekarang YTL
kerana di gadai oleh pemimpin
UMNO kepada YTL! ) Ini tanah
rizab melayu di Padang Rengas,
Kuala Kangsar dekat Highway! 4) Kerajaan Umno/BN Perak
gadai tanah kerajaan di
beberapa lokasi komersial di
tengah bandar Ipoh, Taiping,
Bidor , Kinta, dan Perak kepada
taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9
Mac 2008 (selepas PRU-12). 5) 9 ribu hektar tanah Rezab
Melayu di Selangor telah ditukar
status kepada bukan rezab
Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih
kurang 3 ribu hektar sahaja
yang diganti. Selebihnya jin tanah makan. 6)Pada tahun 1990, seramai 80
orang penduduk di Pantai
Chenang Langkawi yang duduk
di atas tanah rezab Melayu
dihalau untuk membina Pelangi
Beach Resort. 7) Pada tahun 1990, sebanyak
930 hektar tanah Rezab Melayu
Kampung Mambau Negeri
Sembilan telah diambil untuk
projek Seremban 2. Sebelumnya
terdapat 600 orang yang tinggal disitu. 8) 26,000 hektar (dua puluh
enam ribu) tanah rezab Melayu
di Tanjung Langsat-Tanjung Pia
Johor diambil untuk New Town
Ship. Projek yang diusahakan
oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. 9) 300 ekar tanah Rezab
Melayu di Pulau Redang
Teregganu kepada Vicent Tan
untuk projek perlancungan. 10) Pada tahun 1993, 1000
ekar tanah Rezab Melayu di
Kerpan Kedah (tapak sawah
yang subur) untuk projek kolam
udang. 11) 13 Jun 2008 (Utusan
Malaysia) melaporkan penduduk
sekitar daerah Kota Tinggi,
kecewa dengan tindakan
pejabat tanah menolak
permohonan mereka mendapatkan tanah seluas
182.11 hektar di Batu 15 Jalan
Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di
sini. Tanah yang sudah dipohon
sejak 20 tahun dahulu telah
diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya
angkara? PR atau Umno. 12) Akibat kebodohan pemimpin
Umno menyebabkan Pulau Batu
Putih pun terlepas yang dapat
hanya pulau tenggelam timbul
(Batuan Tengah dan Tubir
Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka
Pulau Batu itu timbul. Inilah yang
disebut oleh Datuk Rais Yatim
Menteri Luar menang-menang.
Menang pada Umno ialah
Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala
Malaysia hadhari dapat pulau
tenggelam timbul. Ini lah
lawaknya pemimpin Umno yang
jaga kedaulatan negara. 13) Kampung Chubadak Sentul
Kuala Lumpur, sebanyak 273
ekar tanah kampung Melayu
tradisi telah menyebabkan kira-
kira 160 keluarga telah dihalau
keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu. 14) Tanah rezab Melayu seluas
94 ekar yang diteroka sejak 72
tahun telah terkorban untuk
projek Pencala Link dekat
Damansara Kuala
Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang
bakal hilang apabila projek ECER
(Koridor ekonomi pantai timur) 15) Pengkhianatan Umno kepada
orang Melayu telah berjaya
menghilangkan tanah rezab
Melayu dari 3juta hektar pada
tahun 1957 kepada 1.7 juta
hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang
ditinggal oleh penjajah dengan
susut kadar 1.2% setahun.
Nampaknya penjajah lebih
berhati perut daripada pemimpin
Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat
maka tahun 2020 tanah rezab
Melayu hanya tinggal 30%
sahaja. Daripada fakta di atas bolehlah
dirumuskan Umnolah pengkhianat
dan menggadai tanah orang
melayu, Bukan PAS, bukan PKR
dan bukan DAP. Sebenarnya
slogan Umno “ Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan
sebaliknya, iaitu “ di mana Umno kuat di situ Melayu
merempat” .SETUJU????