KENYATAAN MEDIA
22 Februari 2011
BIRO PENERANGAN PARTI KEADILAN
RAKYAT
KENYATAAN MEDIA UNTUK HEBAHAN
SEGERA Petaling Jaya, Selangor, 22
Februari 2011, Parti Keadilan
Rakyat (KEADILAN), berasa amat
sedih dan memandang serius
perkembangan politik yang
sedang berlaku di Libya sekarang ini. Rakyat yang
bangkit menentang pemerintah
kuku besi berhadapan dengan
tindak balas pihak berkuasa
yang tidak berperikemaknusian.
Jelas sekali, pemerintah Libya secara terbuka telah
mengisytiharkan perang
terhadap rakyatnya sendiri.
KEADILAN ingin menzahirkan
sokongan terhadap rakyat
mana-mana negara sekalipun yang bangkit menyatakan
bantahan mereka terhadap
pemerintah yang zalim.
Kebebasan bersuara merupakan
hak asasi rakyat. Pemerintah
bertanggungjawab memastikan bahawa hak yang dijamin
masyarakat antarabangsa ini
dihormati dan dilaksanakan.
J
ustru, KEADILAN menuntut
pemerintah Libya segera menghentikan tindakan zalim
membunuh rakyat secara
beramai-ramai. KEADILAN yakin
bahawa rakyat Libya berupaya
menentukan nasib mereka sendiri
tanpa campur tangan mana- mana pihak yang
berkepentingan.
KEADILAN menyeru seluruh lapisan
masyarakat antarabangsa
mengambil tindakan segera bagi
menghentikan pelbagai tindakan tidak berperikemanusiaan.
Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu, Liga Arab dan
Pertubuhan Negara-negara Islam
tidak boleh berdiam diri berpeluk
tubuh membiarkan rakyat Libya terus dibunuh oleh
pemerintahnya sendiri.
KEADILAN juga mendesak
Kerajaan Malaysia yang
menganggotai PBB, NAM dan OIC
supaya berperanan tegas dalam menangani isu-isu seperti ini.
Dr Muhammad Nur Manuty
Ketua Penerangan Yesterday at 6:22pm · 12 · Like

No comments:
Post a Comment