Melayu Ini fakta menunjukkan Umno
penjahanam tanah orang
Melayu; 1) 22,000 ekar ( Ya! Dua Puluh
Dua RIBU ekar) tanah kerajaan
di gadai kepada gergasi KLK (KL
Kepong) di Lekir, Manjung. 2) 5,000 ekar di Bruas 1500
ekar kepada MCA di Bandar
Baru , Kampar (UTAR) 3) 200 ekar tapak kilang simen
Perak Hanjoong (sekarang YTL
kerana di gadai oleh pemimpin
UMNO kepada YTL! ) Ini tanah
rizab melayu di Padang Rengas,
Kuala Kangsar dekat Highway! 4) Kerajaan Umno/BN Perak
gadai tanah kerajaan di
beberapa lokasi komersial di
tengah bandar Ipoh, Taiping,
Bidor , Kinta, dan Perak kepada
taukeh-taukeh jika sekiranya BN kembali berkuasa pada 9
Mac 2008 (selepas PRU-12). 5) 9 ribu hektar tanah Rezab
Melayu di Selangor telah ditukar
status kepada bukan rezab
Melayu. Hanya 1/3 sahaja (lebih
kurang 3 ribu hektar sahaja
yang diganti. Selebihnya jin tanah makan. 6)Pada tahun 1990, seramai 80
orang penduduk di Pantai
Chenang Langkawi yang duduk
di atas tanah rezab Melayu
dihalau untuk membina Pelangi
Beach Resort. 7) Pada tahun 1990, sebanyak
930 hektar tanah Rezab Melayu
Kampung Mambau Negeri
Sembilan telah diambil untuk
projek Seremban 2. Sebelumnya
terdapat 600 orang yang tinggal disitu. 8) 26,000 hektar (dua puluh
enam ribu) tanah rezab Melayu
di Tanjung Langsat-Tanjung Pia
Johor diambil untuk New Town
Ship. Projek yang diusahakan
oleh Kuok Brother Collabratioan UEM. 9) 300 ekar tanah Rezab
Melayu di Pulau Redang
Teregganu kepada Vicent Tan
untuk projek perlancungan. 10) Pada tahun 1993, 1000
ekar tanah Rezab Melayu di
Kerpan Kedah (tapak sawah
yang subur) untuk projek kolam
udang. 11) 13 Jun 2008 (Utusan
Malaysia) melaporkan penduduk
sekitar daerah Kota Tinggi,
kecewa dengan tindakan
pejabat tanah menolak
permohonan mereka mendapatkan tanah seluas
182.11 hektar di Batu 15 Jalan
Kulai, Mukim Ulu Sungai Johor di
sini. Tanah yang sudah dipohon
sejak 20 tahun dahulu telah
diberi kepada syarikat bukan bumiputera. Ini siapa punya
angkara? PR atau Umno. 12) Akibat kebodohan pemimpin
Umno menyebabkan Pulau Batu
Putih pun terlepas yang dapat
hanya pulau tenggelam timbul
(Batuan Tengah dan Tubir
Selatan). Kalau air pasang batu tenggelam, kalau air surut maka
Pulau Batu itu timbul. Inilah yang
disebut oleh Datuk Rais Yatim
Menteri Luar menang-menang.
Menang pada Umno ialah
Singapura dapat pulau yang tidak tenggelam, manakala
Malaysia hadhari dapat pulau
tenggelam timbul. Ini lah
lawaknya pemimpin Umno yang
jaga kedaulatan negara. 13) Kampung Chubadak Sentul
Kuala Lumpur, sebanyak 273
ekar tanah kampung Melayu
tradisi telah menyebabkan kira-
kira 160 keluarga telah dihalau
keluar kerana pembangunan mega akan dibuat disitu. 14) Tanah rezab Melayu seluas
94 ekar yang diteroka sejak 72
tahun telah terkorban untuk
projek Pencala Link dekat
Damansara Kuala
Lumpur.Sebanyak 840 hektar tanah rezab melayu di Pahang
bakal hilang apabila projek ECER
(Koridor ekonomi pantai timur) 15) Pengkhianatan Umno kepada
orang Melayu telah berjaya
menghilangkan tanah rezab
Melayu dari 3juta hektar pada
tahun 1957 kepada 1.7 juta
hektar (1995). Bermakna 44% tanah rezab Melayu yang
ditinggal oleh penjajah dengan
susut kadar 1.2% setahun.
Nampaknya penjajah lebih
berhati perut daripada pemimpin
Umno dalam menjaga orang melayu. Kalau tidak disekat
maka tahun 2020 tanah rezab
Melayu hanya tinggal 30%
sahaja. Daripada fakta di atas bolehlah
dirumuskan Umnolah pengkhianat
dan menggadai tanah orang
melayu, Bukan PAS, bukan PKR
dan bukan DAP. Sebenarnya
slogan Umno “ Hidup Melayu” perlu ditukar kepada slogan
sebaliknya, iaitu “ di mana Umno kuat di situ Melayu
merempat” .SETUJU????

No comments:
Post a Comment