Pro-M UPM bantah calon
mereka menang dibatalkan Aziz Muda KUALA LUMPUR, 23 Feb: 50 aktivis Pro-M UPM terpaksa
bersengkang mata sejak awal
malam tadi, bagi mengadakan
perhimpunan untuk membantah
keputusan Jawatankuasa
Pelaksana PRK yang membatalkan kemenangan
semua calon mereka. Mereka bersama 11 calon
mereka mula berkumpul di
hadapan pejabat pentadbiran
UPM sejak jam 10.30 malam
tadi, sejurus selepas
dimaklumkan pembatalan kemenangan calon-calon
mereka oleh Ketua Unit
Tindakan Tatatertib Hal Ehwal
Pelajar (Hep) UPM, Noraihan
Noordin jam 9.30 malam tadi. Jurucakap Majlis Politik Nasional
(MPN) Gamis, Shukri Kamarudin
menjelaskan, pembatalan
kemenangan mereka itu
dimaklumkan oleh Noraihan
kepada semua calon Pro-M menerusi telefon, atas alasan
disebabkan mereka menyertai
PRK secara berkumpulan. Menurut beliau, pada hal pihak
lawan mereka, Aspirasi, juga
menyertai PRK secara
berkumpulan, tetapi anehnya
semua kemenangan calon
Aspirasi tidak pula dibatalkan. Katanya, keputusan tersebut
amat mengejutkan dan ia
tentunya tidak boleh diterima
sekali-kali oleh mereka,
sehingga menyebabkan mereka
terpaksa berkumpul di hadapan pejabat pentadbiran
UPM sehingga saat ini, bagi
menyampaikan bantahan rasmi
kepada pihak pentadbiran
universiti itu. "Sehubungan itu, saya telah
menghubungi Timbalan Menteri
Pengajian Tinggi, Datuk
Saifuddin Abdullah sekitar jam
12.30 malam tadi untuk
menyatakan bantahan kami kepadanya. "Datuk Saifuddin sendiri juga
amat terkejut dan berasa
aneh dengan pembatalan
kemenangan calon-calon Pro-M
itu. Beliau turut berjanji akan
menyelesaikan perkara itu kerana ia merupakan sesuatu
yang tidak sepatutnya
berlaku," katanya ketika
menghubungi Harakahdaily hari
ini. Setelah menunggu sekian lama,
mereka baru berpeluang untuk
mengadakan perbincangan dan
menyampaikan bantahan
kepada pihak pentadbiran UPM,
setelah Naib Canselor UPM, Datuk Ir Radin Umar tiba
sekitar jam 8.00 pagi tadi. "Sebaik Datuk Ir Radin tiba,
kami terus menyerbunya dan
Datuk Ir Radin bersetuju untuk
mengadakan perbincangan
mengenai perkara itu dengan
kami dengan diwakili calon- calon Pro-M di biliknya sekejap
lagi," jelasnya. Pembatalan kemenangan calon-
calon Pro-M itu melibatkan 9
kerusi Fakulti dan 2 kerusi
Umum yang ditandingi mereka,
dengan mengikuti segala
peraturan yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa
Pelaksana PRK dan pihak
pentadbiran UPM sendiri. Kini bilangan aktivis Pro-M
yang mengikuti perhimpunan
itu semakin bertambah. Dari
hanya 50 orang, kini bilangan
mereka sudah meningkat ke
angka 100 orang dan bilangan itu dijangka akan terus
meningkat dari semasa ke
semasa. "Yang kami tuntut hanyalah
keadilan. Kenapa seteruk ini
diskriminasi yang dilakukan
terhadap kami, tetapi kepada
pihak Aspirasi tidak pula
dibatalkan kemenangannya?" katanya.

No comments:
Post a Comment